GDJ Photo Contest!! Jan-Feb 2012

Sempena bakal menyambut ketibaan orang baru, GDJ kali ini membuka penyertaan bagi GDJ Photo Contest untuk sesi seterusnya.

Tema Jan-Feb 2012 : Bayi Comel
Hadiah : Pilihan RM100 Tunai atau Danbo Mini 8cm


Jangan risau menang atau tidak, asalkan mencuba! Siapa tahu hadiah itu menjadi milik anda!

Terma & Syarat
1.Pemenang dikira melalui sistem like 100%. Jika anda TIDAK bersetuju dengan syarat ini, anda tidak boleh menyertai pertandingan ini.
2.Gambar mestilah asli dan tidak diedit dengan ketara .
3.Anda bebas menggunakan apa jua jenis kamera. Telefon bimbit atau sebagainya tetapi gambar adalah hakcipta peserta sendiri. Tiada plagiat!
4.Untuk memastikan ketulenan, GDJ akan memeriksa EXIFF data terlebih dahulu, jika terdapat sebarang kemusykilan, GDJ wajar menolak penyertaan anda.
5.Penyertaan yang tidak berkaitan tema akan ditolak.
6.Bayi mestilah dalam keadaan masih merangkak. Jika sudah berdiri penyertaan ditolak kerana dikategorikan kanak-kanak.
7.Seorang peserta hanya boleh menghantar 1 gambar sahaja.
8.Gambar yang mengandungi unsur politik atau unsur sensitiviti rakyat malaysia akan ditolak. Gambar dewasa yang tidak menutup aurat atau seksi juga akan ditolak.
9.GDJ boleh menolak mana-mana penyertaan yang dirasakan tidak sesuai.
10.Keputusan adalah muktamad. Sebarang bodekan tidak dilayan!
11.GDJ berhak untuk mengubah atau menambah syarat-syarat ketika pertandingan masih berlangsung.

Penerimaan Hadiah
1.Hanya seorang pemenang berdasarkan like 100%
2.Hadiah boleh dipilih dalam bentuk material atau tunai atau rebate.
3.Keputusan adalah muktamad.
4.Disebabkan 'like 100%' maka sebarang tuntutan pemenang tidak layak kerana gambar tidak cantik di pandangan anda atau sebagainya TIDAK akan dilayan.

Cara Penyertaan
1. Hantar gambar anda berformatkan .jpg atau .jpeg dan tukar nama gambar kepada nama anda
(Contoh : IMG2010.jpg kepada nama_anda.jpg, ahmad_kasim.jpg, ahmad_albab.jpg) .
Email ke gajetdijepun[at]gmail.com (gantikan [at] kepada @)
Sila ikut format. GDJ wajar menolak penyertaan yang tidak mengikuti format.


Tajuk email : GDJ Photo Contest : Bayi Comel 2012

Nama Peserta :
Email :
Nama bayi* :
Link Facebook Peserta* :
*Tidak wajib

2.Tunggu gambar anda dimasukkan dalam album facebook untuk setiap bulan.
Ajak rakan like gambar anda secara sukarela, jangan paksa ye!

3.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 hb feb 2012.

4. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas tarikh tutup.

Jika ada pertanyaan sila komen di bawah atau hubungi http://www.facebook.com/gdj2.gajetdijepun

Suka? Sila