A. Bayar penuh dan pos
- Borang akan diberi melalui email
- Pembayaran wajib dalam 24 jam
- Pos dari GDJ dalam masa 48 jam selepas pembayaran kecuali hari cuti atau cuaca tidak baik atau sudah dimaklumkan terlebih dahulu jika GDJ sibuk.
B. Bayaran penuh dan COD
- Borang akan diberi melalui email
- Pembayaran wajib dalam 24 jam
- COD akan diatur mengikut kesesuaian tempat dan masa pembeli dan GDJ
- Bayaran penuh akan dipulangkan semula jika pembeli tidak berpuas hati dengan barangan GDJ (jika tidak ditulis dalam penerangan)
C. Bayar RM50 dan baki semasa COD
- Borang akan diberi melalui email
- Pembayaran RM50 wajib dalam 12 jam
- COD akan diatur mengikut tempat dan masa GDJ sahaja. Secara asasnya COD di Pasar Besar Gombak, Kuala Lumpur (Hadapan Maybank) dari jam 9 pagi - 5 petang. Oleh sebab saya mempunyai anak kecil, COD waktu malam secara asasnya tidak dipertimbangkan.
- Barangan akan disimpan sehingga waktu COD tetapi maksimum hanya 7 hari sahaja. Jika melebihi tempoh, bayaran akan dilupuskan.
- Jika ada sebarang masalah, sila hubungi GDJ 30 minit sebelum waktu COD untuk mengelakkan GDJ membazirkan masa dengan menunggu.
- Oleh sebab GDJ berurusan dengan waktu, sebarang kelewatan melebihi 15 minit atau pembatalan saat akhir mungkin akan mengakibatkan bayaran RM50 lupus.
- Had masa untuk COD buat 1 item sebolehnya dalam 15 minit sahaja.
D. Bayaran penuh semasa COD
- COD akan diatur mengikut tempat dan masa GDJ sahaja. Secara asasnya COD di Pasar Besar Gombak, Kuala Lumpur (Hadapan Maybank) dari jam 9 pagi - 5 petang. Oleh sebab saya mempunyai anak kecil, COD waktu malam secara asasnya tidak dipertimbangkan.
- Oleh sebab keutamaan diberikan kepada sistem A, B, C sahaja, tiada sebarang simpanan (booking/reserve) kepada D.
- Jika terdapat pembeli menggunakan sistem A , B, dan C , GDJ berhak menjual barangan kepada mereka terlebih dahulu dan membatalkan temujanji pada saat-saat akhir.
- GDJ berhak membatalkan temujanji jika berlaku kelewatan selama 10 minit.
- Had masa untuk COD buat 1 item sebolehnya dalam 15minit sahaja.